Tuesday, February 16, 2010

Trivia Kitar Semula

Kitar semula mempunyai banyak kebaikan. Ia dapat mengurangkan jumlah sampah yang ditanam atau dibakar. Kitar semula ialah satu cara yang paling bagus untuk menjimatkan tenaga dan memelihara alam sekitar.


Tahukah kamu?


2 tin minuman yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan televisyen selama 6 jam.


2 botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan komputer selama 50 minit.


2 botol plastik yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga untuk menghidupkan mentol lampu 120-watt selama 6 jam.


70% tenaga dapat dikurangkan dengan mengitar semula kertas berbanding dengan membuatnya dari bahan mentah.




Fakta menarik


Sebanyak 70% sampah yang dibuang boleh dikitar semula.


Tenaga yang tidak dilepaskan dari tong sampah biasa setiap tahun boleh menghidupkan televisyen selama 5000 jam.


Secara puratanya, 20% dari wang yang kita gunakan untuk membeli barang ialah bayaran untuk pembungkusnya yang akhirnya menjadi sampah.


60% sampah dari tong sampah biasa boleh digunakan untuk membuat baja.


75% bahagian kenderaan boleh dikitar semula.


Apabila sampah dikitar semula, ia akan menjadi produk yang baru, ia tidak akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah atau mesin pembakar. Jadi, penggunaan ruang tanah dapat dijimatkan dan dapat mengurangkan pencemaran udara.

0 comments: